Tuesday, June 17, 2014

(14 GAMBAR) WOW!! ANNA FAITH CARLSON : COSPLAYER PRINCESS ELSA FROZEN PALING TERKENAL

\
(14 GAMBAR) WOW!! ANNA FAITH CARLSON : COSPLAYER PRINCESS ELSA FROZEN PALING TERKENAL  |

 Gambar beliau disebarkan ke seluruh ceruk internet dengan caption "ini ialah Princess Elsa versi real". Damn right she does. Gadis ini sebenarnya Anna Faith Carlson dan beliau kini bercosplay sebagai Princess Elsa sebagai kerjaya.

Anda boleh follow Anna di Instagram beliau disini. Yeah. Let it go...... let it go...... follow on Instgram and wonder who she is anymore!

(14 GAMBAR) WOW!! ANNA FAITH CARLSON : COSPLAYER PRINCESS ELSA FROZEN PALING TERKENAL 

Car New Price: Harga Runtuh Untuk Perodua VIVA Bemula Hari Ni...

\

Harga Runtuh Untuk VIVA Bemula Hari Ni

Harga Runtuh Untuk VIVA


Info menarik untuk dikongsikan dengan semua adalah kisah Harga Runtuh yang ditawarkan oleh Perodua bagi semua model VIVA Bemula Hari Ni. So ada sapa-sapa yang nak beli kereta baru tak? Tak kiralah first car ke atau second car. Kalau ada memang ngamlah coz ada diskaun sehingga RM5,300 untuk semua model VIVA tau.

Berikut Adalah Harga Terbaru VIVA:


1. Model Viva AM6BXD kini berharga RM22,000 (selepas pengurangan RM3,000) 
2. Model Viva AM1EZD RM36,800 (selepas pengurangan RM4,500) 
3. Model Viva AM8EXD berharga RM27,900 (selepas pengurangan RM5,300)
4. Model AM1BZD berharga RM29,900 (selepas pengurangan RM5,300)
5. Model AM1GXD berharga RM32,900 (selepas pengurangan RM5,300)
 

VIVA dari peroduaTawaran lain Untuk VIVA


Selain daripada harga runtuh di atas, pembeli VIVA juga akan mendapat pakej servis percuma selama tiga tahun serta bonus tunai berjumlah RM800 untuk mereka yang mendaftarkan kereta Viva antara 17 Jun dan 31 Ogos. 

News on: Car Price reduced!



kredit

Monday, June 16, 2014

Kilang 'bihun kembang tekak' terbakar..!

\


Kuala Lumpur: Kilang bihun yang pernah diserbu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) selepas didapati beroperasi dalam keadaan kotor dan menjijikkan sebelum ini musnah terbakar dalam kejadian kebakaran di Batu 7, Jalan Ipoh, awal pagi ini.

Dalam kejadian kebakaran kira-kira jam 3 pagi itu, empat lagi kilang yang terletak berhampiran turut musnah dalam insiden terbabit.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Selayang, Azrul Khairi berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 3.10 dan mengerahkan dua jentera dan 15 anggota termasuk pegawai ke lokasi kejadian.

Katanya, setibanya bomba dilokasi kejadian 15 minit kemudian, api sudah hampir meranapkan kelima-lima unit kilang terbabit.

KILANG bihun yang terbakar.


"Pihak bomba terpaksa mengambil tindakan segera mengawal api daripada terus merebak ke beberapa lagi unit kilang berhampiran," katanya ketika dihubungi.



kredit

Bank Sperma Kumpul Kualiti Sperma yang Sporting!

\
BANK KUMPUL 'SPERMA' YANG SPORTING | Bаnk ѕpermа dі Shanghаі menаwarkаn sеоrаng wаnіtа саntik untuk mеnguruskаn реngеluаrаn air manі di bank tersеbut wanita tersebut уаng саntik dаn ѕеkѕі dіgunakan untuk mеngеluаrkan аіr mаnі lelakі dеngan рelbаgai kaedаh dаn cаra.



BANK KUMPUL 'SPERMA' YANG SPORTING

Olеh іtu, оrаng rаmаі lеlaki berрuѕu-puѕu untuk mеndеrmаkаn аіr mаni mеrеkа dі ѕаnа. Sуarat untuk mеndеrmа, Dіа mеѕti menјadі seorаng lelаki уаng sihаt dаn tidak mеmpunуаi hubungаn ѕekѕ ѕelаmа 4 hari ѕеbеlum hаri рendеrmаan.

bіlangаn реndеrmа аіr mаnі menіngkat sеcаra mеndаdak dаn ѕambutan аdаlаh mеnggаlаkkan. Untuk mеnderma, lelaki itu аkan berbarіng dі atаѕ katil ѕebеlum jururаwat wаnitа mеmbantu untuk mеrаngѕаng pеndеrma untuk mеnghasіlkаn aіr manі. Sumbаngаn іnі аdаlah bеrbaloі kеrаnа реndеrmа аkаn dіbауar dalam lіngkungаn RM90 - RM100 untuk sеѕі derma аіr mani.




kredit

(Foto) Global Compact Car @ GCC Proton terbaru tersebar..!!

\
Akhirnya kebocoran tidak dapat dibendung lagi. Inilah Global Compact Car @ GCC Proton yang semakin panas tersebar di beberapa laman web dan media sosial sejak pagi tadi.



Saya pun dari awal pagi tadi lagi ada menerima foto-foto tersebut melalui whatsapp, namun tak disangka ia telah tersebar lebih awal. Sudah pasti ada yang akan membandingkan model ini dengan foto model hatchback kompak terbaru Perodua yang bocor tempoh hari.

Yang paling ketara dibahagian hadapan terutama di bahagian bumper. Namun pada saya Global Compact Car @ GCC Proton lebih menarik.

Bahagian belakang juga kini telah terdedah dan nampak elemen rekaan Proton EMAS@Lotus ETHOS masih kuat, cuma dengan perbezaan bentuk lampu yang menegak.

Dari pandangan belakang model ini nampak lebih lebar dan besar daripada model Savvy. Foto-foto ini berkemungkinan diambil dari makmal ujian kemalangan MIROS, kerana terdapat pelekat yang tertera perkataan PC3 dan Safety Lab.

Adakah foto bocor ini disengajakan untuk menarik perhatian ramai setelah foto model hatchback kompak terbaru Perodua tersebar? Kebarangkalian tu ada sebenarnya, hehehe…

* Comel model Global Compact Car @ GCC Proton ni kan? Ala-ala Ford Fiesta dari bahagian depan. Harap model ini mencapai penarafan 5 Bintang ASEAN NCAP, semoga berjaya Proton!. :)

All the best and good luck proton!


credit

Ganas: Baru bertunang tapi dah 'lebih-lebih'

\

Gambar hiasan

Seremban: “Kalau nanti dia jadi isteri kamu, adakah kamu akan pukul dia lagi?

“Sebagai lelaki, kamu tidak boleh pukul perempuan, ada cara lain, cakap baik-baik,” kata Majistret Mohamad Izwan Mohamed Noh sebelum mengenakan perintah bon berkelakuan baik selama dua tahun kepada seorang lelaki atas kesalahan memukul tunangnya.

Beliau turut menetapkan tertuduh, Muhammad Emir Firdaus Mohammad Afandi, 19, dikenakan cagaran RM2,500 dengan seorang penjamin dan perlu menjalani khidmat masyarakat selama 240 jam dalam tempoh dua tahun.

Sebelum itu, tertuduh mengaku bersalah di hadapan beliau selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas tunangnya berusia 21 tahun di Desa Palma, Nilai, kira-kira jam 12 malam, 2 Mei lalu.



kredit

World Cup: (Kumpulan G) Jerman belasah Portugal

\
SALVADOR: Hatrik pertama Piala Dunia 2014 oleh Thomas Mueller membantu Jerman memulakan impian besar selepas gah membelasah Portugal 4-0 dalam aksi Kumpulan G Piala Dunia di Arena Forte Nova awal pagi ini.

Tiga gol daripada penyerang Bayern Munich yang hadir membuat kemunculan ke-50 adalah hatrik ke-49 dalam kejohanan ini dan menambah himpunan gol Mueller kepada 20 untuk skuad kebangsaan setakat ini.

Apa pun, perlawanan penting kumpulan itu tercemar selepas pemain pertahanan Portugal, Pepe dilayangkan kad merah selepas dia mengasari Mueller pada minit ke-37.

Jerman harus tidak menjangka betapa selesa mereka dapat mendahului Portugal 3-0, termasuk dua daripada Muller.
Anak didik Joachim Loew mendahului seawal minit ke-11 hasil sepakan penalti Muller dan Mats Hummels menambah gol kedua pada minit ke-31 selepas menerima hantaran Toni Kroos.

Mueller menambah derita Portugal dengan gol ketiga pada minit ke-45 selepas memperdayakan penjaga gol, Rui Patricio.

Cabaran Portugal tersentak apabila terpaksa mengharungi cabaran berbekal 10 pemain selepas pemain pertahanan, Pepe dilayangkan kad merah gara-gara mengasari Muller pada minit ke-37.

Gol keempat Jerman menyusul pada minit ke-78 dan Mueller sekali lagi menunjukkan kelibat selaku peledak buat menghampakan pertahanan Portugal yang bagai hilang arah dalam permainan ini.

JERMAN 4
Thomas Muller (m-12 (penalti), 45, 78),
Mats Hummels (m32)
PORTUGAL 0
- AFP




kredit