\
SALVADOR:
Hatrik pertama Piala Dunia 2014 oleh Thomas Mueller membantu Jerman
memulakan impian besar selepas gah membelasah Portugal 4-0 dalam aksi
Kumpulan G Piala Dunia di Arena Forte Nova awal pagi ini.
Tiga
gol daripada penyerang Bayern Munich yang hadir membuat kemunculan ke-50
adalah hatrik ke-49 dalam kejohanan ini dan menambah himpunan gol
Mueller kepada 20 untuk skuad kebangsaan setakat ini.
Apa pun,
perlawanan penting kumpulan itu tercemar selepas pemain pertahanan
Portugal, Pepe dilayangkan kad merah selepas dia mengasari Mueller pada
minit ke-37.
Jerman harus tidak menjangka betapa selesa mereka dapat mendahului Portugal 3-0, termasuk dua daripada Muller.
Anak
didik Joachim Loew mendahului seawal minit ke-11 hasil sepakan penalti
Muller dan Mats Hummels menambah gol kedua pada minit ke-31 selepas
menerima hantaran Toni Kroos.
Mueller menambah derita Portugal dengan gol ketiga pada minit ke-45 selepas memperdayakan penjaga gol, Rui Patricio.
Cabaran
Portugal tersentak apabila terpaksa mengharungi cabaran berbekal 10
pemain selepas pemain pertahanan, Pepe dilayangkan kad merah gara-gara
mengasari Muller pada minit ke-37.
Gol keempat Jerman menyusul
pada minit ke-78 dan Mueller sekali lagi menunjukkan kelibat selaku
peledak buat menghampakan pertahanan Portugal yang bagai hilang arah
dalam permainan ini.
JERMAN 4Thomas Muller (m-12 (penalti), 45, 78),
Mats Hummels (m32)
PORTUGAL 0- AFP
kredit