\
Minggu
ini Sha dedahkan kisah anak seni ingin mencuba segala benda di dunia
ini. Pendek kata, dia belum puas dengan apa yang dinikmati.
Lebih
mengejutkan, di sebalik wajah tenangnya, dia banyak bergelumang dengan
perkara tidak baik. Paling ketara ialah selera songsangnya. Perkara itu
bukan lagi rahsia, tetapi artis ini tidak pernah serik.
Walaupun
pernah ‘kantoi’, dia masih cenderung dengan aktiviti itu. Khabarnya,
ramai pernah jadi pemuas nafsunya dan rata-rata ada rupa dan badan
menarik.
Mereka yang pernah menjalin hubungan dengannya masih
berkawan baik dengannya. Dengarnya, keseronokan dicari kian
menjadi-jadi jika dia di tempat orang.
Pilih pasangan macam pilih ikan di pasar. Dalam sehari, dia boleh habiskan masa dengan dua atau lebih pasangan.
Menurut
sumber rapat artis ini, dia terkejut melihat sikap rakannya. Memang
lain benar jika di tempat orang. Makin liar dan sukar dikawal. Pendek
kata, ketika itu dunia umpama dia yang punya.
Selamba kodok
memancing dan langsung tak kisah pandangan orang lain terhadapnya.
Maklumlah, bukan ada media memerhati tingkah lakunya, tapi dia lupa di
luar sana banyak mata-mata tidak bergaji yang memandang.
Sesingkat
beberapa saat, maklumat sampai ke pengetahuan media dan orang ramai.
Dengan kecanggihan teknologi, pergilah ke hujung dunia sekali pun, kalau
ada yang kenal, pasti maklumat akan sampai.
Bila dah kecoh,
pandai pula menepis kononnya itu fitnah. Kerana terlalu ikut nafsu dan
keinginan meneroka semua benda, ramai mula hilang hormat dengannya.
Kalau perkara yang ingin dicuba itu bagus dan bermanfaat, tak mengapa. Itu belum sentuh soal pengambilan barang terlarang.
Sha
harap artis ini muhasabah diri. Biar perubahan ditunjukkan seiring
dengan perbuatan. Jangan gebang saja lebih kononnya awak tahu semua
hukum hakam.
Malulah!
Sumber:
CAK@Hmetro
kredit