Tuesday, June 17, 2014

(14 GAMBAR) WOW!! ANNA FAITH CARLSON : COSPLAYER PRINCESS ELSA FROZEN PALING TERKENAL

\
(14 GAMBAR) WOW!! ANNA FAITH CARLSON : COSPLAYER PRINCESS ELSA FROZEN PALING TERKENAL  |

 Gambar beliau disebarkan ke seluruh ceruk internet dengan caption "ini ialah Princess Elsa versi real". Damn right she does. Gadis ini sebenarnya Anna Faith Carlson dan beliau kini bercosplay sebagai Princess Elsa sebagai kerjaya.

Anda boleh follow Anna di Instagram beliau disini. Yeah. Let it go...... let it go...... follow on Instgram and wonder who she is anymore!

(14 GAMBAR) WOW!! ANNA FAITH CARLSON : COSPLAYER PRINCESS ELSA FROZEN PALING TERKENAL 

Car New Price: Harga Runtuh Untuk Perodua VIVA Bemula Hari Ni...

\

Harga Runtuh Untuk VIVA Bemula Hari Ni

Harga Runtuh Untuk VIVA


Info menarik untuk dikongsikan dengan semua adalah kisah Harga Runtuh yang ditawarkan oleh Perodua bagi semua model VIVA Bemula Hari Ni. So ada sapa-sapa yang nak beli kereta baru tak? Tak kiralah first car ke atau second car. Kalau ada memang ngamlah coz ada diskaun sehingga RM5,300 untuk semua model VIVA tau.

Berikut Adalah Harga Terbaru VIVA:


1. Model Viva AM6BXD kini berharga RM22,000 (selepas pengurangan RM3,000) 
2. Model Viva AM1EZD RM36,800 (selepas pengurangan RM4,500) 
3. Model Viva AM8EXD berharga RM27,900 (selepas pengurangan RM5,300)
4. Model AM1BZD berharga RM29,900 (selepas pengurangan RM5,300)
5. Model AM1GXD berharga RM32,900 (selepas pengurangan RM5,300)
 

VIVA dari peroduaTawaran lain Untuk VIVA


Selain daripada harga runtuh di atas, pembeli VIVA juga akan mendapat pakej servis percuma selama tiga tahun serta bonus tunai berjumlah RM800 untuk mereka yang mendaftarkan kereta Viva antara 17 Jun dan 31 Ogos. 

News on: Car Price reduced!



kredit

Monday, June 16, 2014

Kilang 'bihun kembang tekak' terbakar..!

\


Kuala Lumpur: Kilang bihun yang pernah diserbu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) selepas didapati beroperasi dalam keadaan kotor dan menjijikkan sebelum ini musnah terbakar dalam kejadian kebakaran di Batu 7, Jalan Ipoh, awal pagi ini.

Dalam kejadian kebakaran kira-kira jam 3 pagi itu, empat lagi kilang yang terletak berhampiran turut musnah dalam insiden terbabit.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Selayang, Azrul Khairi berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 3.10 dan mengerahkan dua jentera dan 15 anggota termasuk pegawai ke lokasi kejadian.

Katanya, setibanya bomba dilokasi kejadian 15 minit kemudian, api sudah hampir meranapkan kelima-lima unit kilang terbabit.

KILANG bihun yang terbakar.


"Pihak bomba terpaksa mengambil tindakan segera mengawal api daripada terus merebak ke beberapa lagi unit kilang berhampiran," katanya ketika dihubungi.



kredit

Bank Sperma Kumpul Kualiti Sperma yang Sporting!

\
BANK KUMPUL 'SPERMA' YANG SPORTING | Bаnk ѕpermа dі Shanghаі menаwarkаn sеоrаng wаnіtа саntik untuk mеnguruskаn реngеluаrаn air manі di bank tersеbut wanita tersebut уаng саntik dаn ѕеkѕі dіgunakan untuk mеngеluаrkan аіr mаnі lelakі dеngan рelbаgai kaedаh dаn cаra.



BANK KUMPUL 'SPERMA' YANG SPORTING

Olеh іtu, оrаng rаmаі lеlaki berрuѕu-puѕu untuk mеndеrmаkаn аіr mаni mеrеkа dі ѕаnа. Sуarat untuk mеndеrmа, Dіа mеѕti menјadі seorаng lelаki уаng sihаt dаn tidak mеmpunуаi hubungаn ѕekѕ ѕelаmа 4 hari ѕеbеlum hаri рendеrmаan.

bіlangаn реndеrmа аіr mаnі menіngkat sеcаra mеndаdak dаn ѕambutan аdаlаh mеnggаlаkkan. Untuk mеnderma, lelaki itu аkan berbarіng dі atаѕ katil ѕebеlum jururаwat wаnitа mеmbantu untuk mеrаngѕаng pеndеrma untuk mеnghasіlkаn aіr manі. Sumbаngаn іnі аdаlah bеrbaloі kеrаnа реndеrmа аkаn dіbауar dalam lіngkungаn RM90 - RM100 untuk sеѕі derma аіr mani.




kredit

(Foto) Global Compact Car @ GCC Proton terbaru tersebar..!!

\
Akhirnya kebocoran tidak dapat dibendung lagi. Inilah Global Compact Car @ GCC Proton yang semakin panas tersebar di beberapa laman web dan media sosial sejak pagi tadi.



Saya pun dari awal pagi tadi lagi ada menerima foto-foto tersebut melalui whatsapp, namun tak disangka ia telah tersebar lebih awal. Sudah pasti ada yang akan membandingkan model ini dengan foto model hatchback kompak terbaru Perodua yang bocor tempoh hari.

Yang paling ketara dibahagian hadapan terutama di bahagian bumper. Namun pada saya Global Compact Car @ GCC Proton lebih menarik.

Bahagian belakang juga kini telah terdedah dan nampak elemen rekaan Proton EMAS@Lotus ETHOS masih kuat, cuma dengan perbezaan bentuk lampu yang menegak.

Dari pandangan belakang model ini nampak lebih lebar dan besar daripada model Savvy. Foto-foto ini berkemungkinan diambil dari makmal ujian kemalangan MIROS, kerana terdapat pelekat yang tertera perkataan PC3 dan Safety Lab.

Adakah foto bocor ini disengajakan untuk menarik perhatian ramai setelah foto model hatchback kompak terbaru Perodua tersebar? Kebarangkalian tu ada sebenarnya, hehehe…

* Comel model Global Compact Car @ GCC Proton ni kan? Ala-ala Ford Fiesta dari bahagian depan. Harap model ini mencapai penarafan 5 Bintang ASEAN NCAP, semoga berjaya Proton!. :)

All the best and good luck proton!


credit

Ganas: Baru bertunang tapi dah 'lebih-lebih'

\

Gambar hiasan

Seremban: “Kalau nanti dia jadi isteri kamu, adakah kamu akan pukul dia lagi?

“Sebagai lelaki, kamu tidak boleh pukul perempuan, ada cara lain, cakap baik-baik,” kata Majistret Mohamad Izwan Mohamed Noh sebelum mengenakan perintah bon berkelakuan baik selama dua tahun kepada seorang lelaki atas kesalahan memukul tunangnya.

Beliau turut menetapkan tertuduh, Muhammad Emir Firdaus Mohammad Afandi, 19, dikenakan cagaran RM2,500 dengan seorang penjamin dan perlu menjalani khidmat masyarakat selama 240 jam dalam tempoh dua tahun.

Sebelum itu, tertuduh mengaku bersalah di hadapan beliau selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas tunangnya berusia 21 tahun di Desa Palma, Nilai, kira-kira jam 12 malam, 2 Mei lalu.



kredit

World Cup: (Kumpulan G) Jerman belasah Portugal

\
SALVADOR: Hatrik pertama Piala Dunia 2014 oleh Thomas Mueller membantu Jerman memulakan impian besar selepas gah membelasah Portugal 4-0 dalam aksi Kumpulan G Piala Dunia di Arena Forte Nova awal pagi ini.

Tiga gol daripada penyerang Bayern Munich yang hadir membuat kemunculan ke-50 adalah hatrik ke-49 dalam kejohanan ini dan menambah himpunan gol Mueller kepada 20 untuk skuad kebangsaan setakat ini.

Apa pun, perlawanan penting kumpulan itu tercemar selepas pemain pertahanan Portugal, Pepe dilayangkan kad merah selepas dia mengasari Mueller pada minit ke-37.

Jerman harus tidak menjangka betapa selesa mereka dapat mendahului Portugal 3-0, termasuk dua daripada Muller.
Anak didik Joachim Loew mendahului seawal minit ke-11 hasil sepakan penalti Muller dan Mats Hummels menambah gol kedua pada minit ke-31 selepas menerima hantaran Toni Kroos.

Mueller menambah derita Portugal dengan gol ketiga pada minit ke-45 selepas memperdayakan penjaga gol, Rui Patricio.

Cabaran Portugal tersentak apabila terpaksa mengharungi cabaran berbekal 10 pemain selepas pemain pertahanan, Pepe dilayangkan kad merah gara-gara mengasari Muller pada minit ke-37.

Gol keempat Jerman menyusul pada minit ke-78 dan Mueller sekali lagi menunjukkan kelibat selaku peledak buat menghampakan pertahanan Portugal yang bagai hilang arah dalam permainan ini.

JERMAN 4
Thomas Muller (m-12 (penalti), 45, 78),
Mats Hummels (m32)
PORTUGAL 0
- AFP




kredit

VIDEO INI MAMPU MENITISKAN AIR MATA ANDA - "SELAMAT HARI BAPA"

\
VIDEO INI MAMPU MENITISKAN AIR MATA ANDA - "SELAMAT HARI BAPA" | Tonton video berdurasi 1 minit ini. Ini memang membuatkan anda ingin menangis terkenangkan ayah anda.


VIDEO INI MAMPU MENITISKAN AIR MATA ANDA - "SELAMAT HARI BAPA"
Tonton Video dibawah: 
Happy Fathers DAY

Rancangan 'panggilan hangit' HOT FM haram di sisi agama - Dr Asri

\

Kuala Lumpur, 13 Jun - Panggilan palsu atau 'prank call' yang dibuat di siaran-siaran radio adalah di larang dalam Islam, atau haram, dakwa bekas mufti Dr. AMohd Asri Zainal Abidin hari ini.

Dr. Asri juga mendakwa rancangan sedemikian dilarang kerana mengundang kejutan kepada orang awam, ketakutan, kepalsuan dan aib kepada mangsa panggilan palsu tersebut.

"Rancangan seperti itu hanya memperbodohkan mangsa dan menjadi mangsa bahan untuk ditertawa oleh orangramai secara yang memalukan. Ia secara tidak langsung sering mendedahkan aib peribadi mangsa yang tidak sepatutnya," kata Dr Asri dalam laman FBnya.

"Nabi s.a.w bersabda: “Tidak halal bagi seorang muslim membuat muslim lain terkejut (ketakutan)”. (Hadis sahih riwayat Abu Daud dan Ahmad).

"Muslim hendaklah mengelakkan perbuatan yang seperti itu." katanya lagi.

Isu menjadi panas setelah stesen radio popular Hot.FM yang menganjurkan ini memohon maaf setelah dihentam bertubi-tubi oleh pendengar mereka. Rancangan tersebut dikelolakan oleh DJs Fizie, Fara Fauzana dan AG.

kredit

Sunday, June 15, 2014

Isu makan Cadbury, JAKIM dakwa Astro Awani tabur fitnah..?

\

Astro Awani membuat tajuk berita songsang bahawa Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Hub Halal, Jakim, Muhammad Naim Mohd. Aziz yang hadir memberi penerangan mengenai isu berkaitan kontroversi coklat Cadbury (kanan) enggan turut serta dalam sesi “Makan Cadbury Bersama Aktivis Media Sosial dan Pengguna Islam.”

Sebenarnya, pihak Jakim hanya dijemput memberi penerangan dalam majlis awalnya iaitu “Sijil Halal Malaysia dan Kontroversi Cadbury: Satu Perspektif.”

Tiada dalam agenda program pembabitan Jakim dalam sidang media mahu pun majlis makan Cadbury secara terbuka. JAKIM hanya dijemput beri penerangan kepada aktivis media siber dan ini telah dipersetujui bersama antara pengajur dan dan Jakim sejak awal lagi.

Dari awal mengatur program ini pihak Jakim sudah maklum mereka hanya datang beri penerangan saja. Mereka tidak boleh tampil dalam media tanpa kebenaran Ketua Pengarah.

Apa yang dikesalkan, sungguhpun pihak penganjur telah memaklumkan kepada Astro Awani mengenai perkara ini, mereka hanya membetulkan kandungan berita tersebut, tetapi enggan menukar tajuk berita yang memberi impak negatif kepada Jakim dan penganjur.

Pegawai kerajaan mempunyai peraturan tertentu sebelum muncul dalam media. Justeru tidak wajar media mahu memaksa seorang pegawai kerajaan membuat kenyataan tanpa sebarang kebenaran atau memenuhi protokol sedia ada, ini boleh menyebabkan mereka melanggar peraturan kerajaan dan berhadapan tindakan disiplin.

Faktanya, saya tiada keraguan mengenai keikhlasan pegawai terbabit mahu pun Jakim kerana beliau telah makan Cadbury tersebut dihadapan saya sebelumnya.

Justeru tidak timbul isu pegawai Jakim enggan makan Cadbury seolah-olah memberi gambaran mereka sendiri tidak yakin dengan pengesahan halal mereka.

Pihak Jakim dijemput untuk meyakinkan aktivis media siber bukannya membuat pertunjukan media. Ternyata kesemua yang hadir bukan sahaja percaya malah yakin dengan sijil Halal Malaysia yang dikeluarkan oleh Jakim.


Sumber

6 Fakta Menarik Mengenai Piala Dunia 2014 Di Brazil.. World Cup 2014

\
Piala Dunia: 10 fakta yang sekurang-kurangnya anda perlu tahu

6 Fakta Menarik Mengenai Piala Dunia 2014 Di Brazil


1. Brazil dipilih sebagai tuan rumah untuk Piala Dunia 2014 pada 30 Oktober 2007. Ini adalah merupakan kali kedua Brazil diberi tanggungjawab untuk mengendalikan Piala Dunia. Yang pertama adalah pada tahun 1950.

2. 12 bandar di Brazil telah dipilih sebagai tuan rumah piala dunia 2014. Bandar-bandar tersebut adalah Rio de Janeiro, Brasilia, Sao Paulo, Fortaleza, Belo Horizonte, Porto Alegre, Salvador, Recife, Cuiaba, Manaus, Natal dan Curitiba.

3. Brazil sepatutnya melengkapkan 12 stadium tuan rumah pada 31 Disember, 2013 tetapi separuh daripadanya tidak siap pada tarikh yang ditetapkan. Ianya masih berjalan sehingga kini. Sebahagian daripada stadium belum sempat diuji dari segi tahap keselamatan. Hmmm...

4. Google Maps membenarkan peminat untuk membuat lawatan secara maya untuk kesemua 12 stadium.

5. Beberapa hari sebelum majlis perasmian, acara ini telah dicemari oleh mogok dan protes. Pembangkang berpendapat adalah lebih baik perbelanjaan kerajaan sebanyak $11 bilion (RM35 bilion) untuk menganjurkan piala dunia 2014 ini diperuntukkan untuk memperbaiki sistem pengangkutan, sekolah dan juga penjagaan kesihatan.

6. Twitter memperkenalkan hashflags bagi setiap negara. Mereka berhasrat untuk menjadikan Piala Dunia 2014 sebagai acara dunia dengan jumlah tweet tertinggi mengalahkan Sukan Olimpik 2012 di London.
 
 
FIFA World Cup 2014
 
 

Aneh: 15 Kepala Manusia Sebagai Mas Kahwin

\
 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhRl2JpOuyFyMp829YgOKbxpVoWEffFevzSh1YbKDrpHeD4FesgyI0xQk_BW4rOquJ39FMHKGOy_THaOm06ZY0ySmHz4Nkd_GXTpGX13s1Z6UWp2BcV7F7WVt24-bQxnx7CkWrzlhAKPXth/s1600/Kumpulan+Penentang+Basyar+memotong+kepala-2.jpg 
15 Kepala Manusia Sebagai Mas Kahwin

15 Kepala Manusia Sebagai Mas Kahwin


15 Kepala Manusia Sebagai Mas Kahwin. Biar betul...Hebat wanita ni. Bukan calang-calang kepala yang diminta tau, tapi kepala tentera syria yang pro Bashar al-Assa. Beliau  meletakkan syarat ngeri itu selepas suaminya yang juga askar Tentera Pembebasan Syria maut dibunuh tentera rejim dua tahun lalu.

Syarat tersebut dinyatakan selepas beliau dilamar ketua daerah Aleepo, Ahmad Ramilat. Beliau juga turut meminta 50 lagi kepala jika bercerai. Bagi ketua daerah tersebut, beliau berjanji akan memenuhi hajat wanita tersebut dan bersumpah akan memenggal kepala 15 kepala askar rejim untuk memperisterikannya. Dia tidak keberatan untuk melakukannnya selepas dua anaknya maut ketika bertempur dengan tentera rejim awal tahun lalu.

Biarpun syarat di atas kelihatan macam tak masuk akal, tapi inilah yang berlaku apabila kekecewaan menguasai diri. Bagi kita mungkin ianya kedengaran pelik tapi bagi mereka mungkin itu syahid kot. Jihad ke atas mereka yang menentang kekejaman terhadap islam. Hmm...
 

Artis selera 'songsang' kantoi jadikan peminat pemuas nafsu

\

  
 

Minggu ini Sha dedahkan kisah anak seni ingin mencuba segala benda di dunia ini. Pendek kata, dia belum puas dengan apa yang dinikmati.

Lebih mengejutkan, di sebalik wajah tenangnya, dia banyak bergelumang dengan perkara tidak baik. Paling ketara ialah selera songsangnya. Perkara itu bukan lagi rahsia, tetapi artis ini tidak pernah serik.

Walaupun pernah ‘kantoi’, dia masih cenderung dengan aktiviti itu. Khabarnya, ramai pernah jadi pemuas nafsunya dan rata-rata ada rupa dan badan menarik.

Mereka yang pernah menjalin hubungan dengannya masih berkawan baik dengannya. De­ngarnya, keseronokan dicari kian menjadi-jadi jika dia di tempat orang.

Pilih pasangan macam pilih ikan di pasar. Dalam sehari, dia boleh habiskan masa dengan dua atau lebih pasangan.

Menurut sumber rapat artis ini, dia terkejut melihat sikap rakannya. Memang lain benar jika di tempat orang. Makin liar dan sukar dikawal. Pendek kata, ketika itu dunia umpama dia yang punya.

Selamba kodok memancing dan langsung tak kisah pandangan orang lain terhadap­nya. Maklumlah, bukan ada media memerhati tingkah lakunya, tapi dia lupa di luar sana banyak mata-mata tidak bergaji yang memandang.

Sesingkat beberapa saat, maklumat sampai ke pengetahuan media dan orang ramai. Dengan kecanggihan teknologi, pergilah ke hujung dunia sekali pun, kalau ada yang kenal, pasti maklumat akan sampai.

Bila dah kecoh, pandai pula menepis kononnya itu fitnah. Kerana terlalu ikut nafsu dan keinginan meneroka semua benda, ramai mula hilang hormat dengannya.

Kalau perkara yang ingin dicuba itu bagus dan bermanfaat, tak mengapa. Itu belum sentuh soal pengambilan barang terlarang.

Sha harap artis ini muhasabah diri. Biar perubahan ditunjukkan seiring dengan perbuatan. Ja­ngan gebang saja lebih kononnya awak tahu semua hukum hakam.

Malulah!

Sumber: CAK@Hmetro 






kredit

Tunjuk kemaluan kepada penguatkuasa agama ketika diserbu..!

\
FOTO: Penyanyi dikir barat berpakaian wanita yang ditahan penguat kuasa JHEAIK diambil keterangan.

TANAH MERAH: Seorang mak nyah yang juga penyanyi dikir barat tersohor Kelantan didakwa bertindak kurang ajar apabila cuba menayangkan kemaluannya kepada sepasukan anggota penguat kuasa agama, kononnya bagi membuktikan dirinya wanita tulen sebaik ditahan ketika membuat persembahan di sebuah tapak ekspo di bandar ini, Jumaat lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, penyanyi berkenaan melakukan perbuatan berkenaan bagi mengelak ditahan kerana kesalahan berperwatakan seperti wanita dan berpakaian tidak senonoh di khalayak ramai, namun kerenahnya tidak dilayan.

Penyanyi berusia 25 tahun itu ditahan dalam Ops Insaf oleh sepasukan anggota penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK) Jajahan Tanah Merah, diketuai Rosli Ismail bersama lima Skuad Amru dan tujuh anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) selepas mendapat maklumat daripada orang ramai.

Difahamkan, penyanyi berasal dari Kuala Betis, Gua Musang itu pernah ditahan penguat kuasa JHEAIK Jajahan Pasir Mas, tahun lalu, atas kesalahan sama sebelum dikenakan denda sebanyak RM800.

Sumber berkata, ketika ditahan, penyanyi itu tampil dengan pakaian seksi wanita hanya sempat mendendangkan dua lagu sebelum persembahannya dihentikan serta-merta sebaik diarahkan penguat kuasa agama berkenaan.





kredit

Lelaki Saman Hospital Sebabkan Kemaluan Pendek 3cm

\
SEORANG lelaki mendakwa pembedahan ke atas kemaluannya menyebabkan ukuran alat kelaminnya itu menjadi pendek sekurang-kurangnya tiga sentimeter.

Berikutan itu, lelaki itu sedang mempertimbangkan untuk menyaman pihak hospital sebanyak £90,000 kerana cuai apabila tersalah diagnos penyakitnya hingga menyebabkan beliau menanggung kesakitan.

Beliau dikatakan mengalami kecederaan pada kemaluannya ketika mengadakan hubungan seks dengan isterinya pada Julai 2011 dan dikejarkan ke hospital.

Ketika insiden itu, seorang jururawat dikatakan menjalankan pemeriksaan dengan hanya melihat kemaluannya tanpa menyentuhnya.

Seterusnya, menerusi panggilan telefon, pakar urologi memberitahu petugas di hospital berkenaan bahawa beliau mengalami sedikit trauma dan kemudian membenarkannya pulang.

Bagaimanapun, lelaki itu yang juga penghidap paraplegik iaitu bermasalah rangsangan deria mendakwa insiden itu menyebabkan beliau gagal untuk mengadakan hubungan seks.

Lebih memburukkan keadaan, hanya selepas tiga bulan baharu pihak hospital memaklumkan kemaluannya retak dan perlu dibedah.

Pembedahan itu menyebabkan beliau 'kehilangan' kira-kira tiga sentimeter panjang kemaluannya, selain kesan parut kekal.

Lelaki berasal dari Quebec, Kanada itu juga mendakwa pembedahan di Hospital Le Gardeur di Montreal itu menjadi punca keruntuhan rumahtangganya kerana beliau tidak mampu mengadakan hubungan seks selama dua tahun.





kredit