Sunday, June 15, 2014

Artis selera 'songsang' kantoi jadikan peminat pemuas nafsu

\

  
 

Minggu ini Sha dedahkan kisah anak seni ingin mencuba segala benda di dunia ini. Pendek kata, dia belum puas dengan apa yang dinikmati.

Lebih mengejutkan, di sebalik wajah tenangnya, dia banyak bergelumang dengan perkara tidak baik. Paling ketara ialah selera songsangnya. Perkara itu bukan lagi rahsia, tetapi artis ini tidak pernah serik.

Walaupun pernah ‘kantoi’, dia masih cenderung dengan aktiviti itu. Khabarnya, ramai pernah jadi pemuas nafsunya dan rata-rata ada rupa dan badan menarik.

Mereka yang pernah menjalin hubungan dengannya masih berkawan baik dengannya. De­ngarnya, keseronokan dicari kian menjadi-jadi jika dia di tempat orang.

Pilih pasangan macam pilih ikan di pasar. Dalam sehari, dia boleh habiskan masa dengan dua atau lebih pasangan.

Menurut sumber rapat artis ini, dia terkejut melihat sikap rakannya. Memang lain benar jika di tempat orang. Makin liar dan sukar dikawal. Pendek kata, ketika itu dunia umpama dia yang punya.

Selamba kodok memancing dan langsung tak kisah pandangan orang lain terhadap­nya. Maklumlah, bukan ada media memerhati tingkah lakunya, tapi dia lupa di luar sana banyak mata-mata tidak bergaji yang memandang.

Sesingkat beberapa saat, maklumat sampai ke pengetahuan media dan orang ramai. Dengan kecanggihan teknologi, pergilah ke hujung dunia sekali pun, kalau ada yang kenal, pasti maklumat akan sampai.

Bila dah kecoh, pandai pula menepis kononnya itu fitnah. Kerana terlalu ikut nafsu dan keinginan meneroka semua benda, ramai mula hilang hormat dengannya.

Kalau perkara yang ingin dicuba itu bagus dan bermanfaat, tak mengapa. Itu belum sentuh soal pengambilan barang terlarang.

Sha harap artis ini muhasabah diri. Biar perubahan ditunjukkan seiring dengan perbuatan. Ja­ngan gebang saja lebih kononnya awak tahu semua hukum hakam.

Malulah!

Sumber: CAK@Hmetro 






kredit

No comments:

Post a Comment