Sunday, June 15, 2014

6 Fakta Menarik Mengenai Piala Dunia 2014 Di Brazil.. World Cup 2014

\
Piala Dunia: 10 fakta yang sekurang-kurangnya anda perlu tahu

6 Fakta Menarik Mengenai Piala Dunia 2014 Di Brazil


1. Brazil dipilih sebagai tuan rumah untuk Piala Dunia 2014 pada 30 Oktober 2007. Ini adalah merupakan kali kedua Brazil diberi tanggungjawab untuk mengendalikan Piala Dunia. Yang pertama adalah pada tahun 1950.

2. 12 bandar di Brazil telah dipilih sebagai tuan rumah piala dunia 2014. Bandar-bandar tersebut adalah Rio de Janeiro, Brasilia, Sao Paulo, Fortaleza, Belo Horizonte, Porto Alegre, Salvador, Recife, Cuiaba, Manaus, Natal dan Curitiba.

3. Brazil sepatutnya melengkapkan 12 stadium tuan rumah pada 31 Disember, 2013 tetapi separuh daripadanya tidak siap pada tarikh yang ditetapkan. Ianya masih berjalan sehingga kini. Sebahagian daripada stadium belum sempat diuji dari segi tahap keselamatan. Hmmm...

4. Google Maps membenarkan peminat untuk membuat lawatan secara maya untuk kesemua 12 stadium.

5. Beberapa hari sebelum majlis perasmian, acara ini telah dicemari oleh mogok dan protes. Pembangkang berpendapat adalah lebih baik perbelanjaan kerajaan sebanyak $11 bilion (RM35 bilion) untuk menganjurkan piala dunia 2014 ini diperuntukkan untuk memperbaiki sistem pengangkutan, sekolah dan juga penjagaan kesihatan.

6. Twitter memperkenalkan hashflags bagi setiap negara. Mereka berhasrat untuk menjadikan Piala Dunia 2014 sebagai acara dunia dengan jumlah tweet tertinggi mengalahkan Sukan Olimpik 2012 di London.
 
 
FIFA World Cup 2014
 
 

No comments:

Post a Comment