Monday, June 16, 2014

(Foto) Global Compact Car @ GCC Proton terbaru tersebar..!!

\
Akhirnya kebocoran tidak dapat dibendung lagi. Inilah Global Compact Car @ GCC Proton yang semakin panas tersebar di beberapa laman web dan media sosial sejak pagi tadi.



Saya pun dari awal pagi tadi lagi ada menerima foto-foto tersebut melalui whatsapp, namun tak disangka ia telah tersebar lebih awal. Sudah pasti ada yang akan membandingkan model ini dengan foto model hatchback kompak terbaru Perodua yang bocor tempoh hari.

Yang paling ketara dibahagian hadapan terutama di bahagian bumper. Namun pada saya Global Compact Car @ GCC Proton lebih menarik.

Bahagian belakang juga kini telah terdedah dan nampak elemen rekaan Proton EMAS@Lotus ETHOS masih kuat, cuma dengan perbezaan bentuk lampu yang menegak.

Dari pandangan belakang model ini nampak lebih lebar dan besar daripada model Savvy. Foto-foto ini berkemungkinan diambil dari makmal ujian kemalangan MIROS, kerana terdapat pelekat yang tertera perkataan PC3 dan Safety Lab.

Adakah foto bocor ini disengajakan untuk menarik perhatian ramai setelah foto model hatchback kompak terbaru Perodua tersebar? Kebarangkalian tu ada sebenarnya, hehehe…

* Comel model Global Compact Car @ GCC Proton ni kan? Ala-ala Ford Fiesta dari bahagian depan. Harap model ini mencapai penarafan 5 Bintang ASEAN NCAP, semoga berjaya Proton!. :)

All the best and good luck proton!


credit

No comments:

Post a Comment